Wednesday, August 25, 2010

Trip mabuk




memancing di perairan pulau pisang memang mengasyikan, lebih-lebih lagi jika mendapat hasil yang memberangsangkan. bayangkanlah jika kita memperolehi seekor ikan yang boleh menampung kos sewa bot. ikan gred A banyak terdapat di kawasan pulau pisang.


perairan yang mempunyai dasar berkarang dan berbatu menjadi tempat permainan ikan. kebanyakan ikan akan mendiami kawasan karang dan menjadikan kawasan habitat( lubuk ) kerana mudah mencari sumber makanan dan juga tempat berlindung.


bukti menunjukkan penghuni perairan pulau pisang tidaklah serakus penghuni perairan pantai timur. namun demikian, penghuni di sini kebanyakannya bersaiz mega, dan dapat memberi kepuasan kepada pemancing. walaupun hasil tangkapan tidak seberapa tapi ia memuaskan juka memperolehi ikan grede A

memancing di pulau pisang memerlukan kesesuaian masa. kebiasaannya penghuni di sini lebih aktif ketika air pasang sederhana, hal ini berikutan keadaan arus laut yang deras menyebabkan ikan kerang bergerak dan hanya berselindung di karang dan batu-batu. mana kala pada air bani pula ikan juga kurang aktif tetapi tidaklah sepasif ketika air pasang besar.

No comments:

Post a Comment