Wednesday, March 16, 2011

KELONG DAN TOGOK

KELONG DAN TOGOK


Kelong adalah pondok yang dibina di tengah-tengah lautan untuk tujuan istirehat dan juga kawasan ternakan laut untuk nelayan. kelang pada masa kini telah berfungsi sebagai tempat memancing yang menjadi tumpuan pemancing tegar. pemancing-pemancing lebih gemar berkunjung ke kelong kerana kemudahan yang disediakan seperti bilik air, bilik untuk tidur, ruangan solat dan juga dapur. kebanyakan pemancing menjadikan cuti mereka lebih santai disamping beriadah untuk mencuba nasib, kemahiran dan menguji peralatan pancing


perjalan ke kelong memerlukan pemancing menaiki bot yang telah disediakan oleh pengusaha kelong. jumlah bayaran yang dikenakan bergantung kepada keselesaan diatas kelong. pengalaman memancing dikelong berbeza jika memancing menaiki bot. ini kerana keselesaan dan ketenangan diatas kelong.




hasil tangkapan juga memuaskan jika kita memancing di kelong. togok dan kjelong merupakan dua tempat yang berbeza tetapi fungsinya hampir sama. togok adalah binaan ditengah laut dan berfungsi sebagai tempat untuk menurunkan pukat yang diikat pada togok. sifat togok adalah statik dan menunggu ikan untuk memasuki pukat yang diturunkan. semua kaedah adalah manual.



HASIL TANGKAPAN DI KELONG DAN TOGOK












No comments:

Post a Comment